Selangor
Saujana Utama, Sungai Buloh
Banglo 2 tingkat
Banglo 2 tingkat dengan taman tropika, wakaf kayu dan dalaman yang sudah didiami.
- Struktur
- Siap
- Dalaman
Pelan, kelulusan PBT, pembiayaan, pembinaan, sehingga CCC dan kunci di tangan anda. Satu kontrak, satu pasukan, satu nombor untuk dihubungi. Kontraktor berdaftar CIDB dan panel LPPSA, CIMB dan Maybank di Selangor, Kuala Lumpur & Negeri Sembilan.
Beli rumah dari pemaju, semuanya sudah diuruskan. Bina atas tanah sendiri, tiba-tiba anda yang perlu cari arkitek, hantar pelan ke majlis, uruskan pinjaman, pantau tukang — sambil bekerja sepenuh masa dan menjaga keluarga. Tidak hairanlah ramai yang menangguhkannya bertahun-tahun.
Kami ambil alih semua itu. Lukisan arkitek dan kejuruteraan, penghantaran dan susulan kelulusan PBT, dokumen pembiayaan, pembinaan, pemeriksaan kualiti, CCC dan waranti — dalam satu kontrak. Bila ada soalan, anda hubungi satu pihak saja, dan pihak itu bertanggungjawab sepenuhnya.
Dua perkara yang bukan skop kami, kami nyatakan dari awal kerana anda berhak tahu: kami tidak menjual tanah, dan kami tidak memberi jaminan kelulusan pembiayaan. Kelulusan ditentukan oleh LPPSA atau bank; kami hanya memastikan dokumen dan tuntutan kemajuan anda mengikut format yang mereka jangkakan.
Setiap panduan di bawah ditulis selengkapnya — supaya anda datang kepada kami dengan yakin, bukan dengan seribu persoalan.
Dari secawan kopi pertama bersama kami sehingga hari anda pegang kunci — setiap langkah, tempohnya, dokumen yang diperlukan dan perkara yang biasa melambatkan projek.
Baca → RM200–RM250 psfDua pakej, struktur yang sama kukuh. Bezanya hanya pada kemasan — lihat kategori demi kategori, dan pilih yang sesuai dengan cita rasa dan bajet anda.
Baca → RM45,000 kos tetapKami uruskan kelulusan pelan sehingga sijil CCC — dokumen yang menentukan bila anda boleh berpindah masuk secara sah. Ketahui apa yang berlaku di sebalik tabir.
Baca → 7 peringkatAnda hanya membayar untuk kerja yang sudah siap dan disahkan — bukan mengikut tarikh, bukan pendahuluan besar. Lihat setiap peringkat dan peratusnya.
Baca → LPPSA & bankTanah anda sendiri boleh menjadi 'deposit' anda. Bina tanpa bayaran pendahuluan tunai kepada kontraktor — siapa yang layak, dan apa yang masih perlu anda sediakan.
Baca → Rumah sedia adaKeluarga bertambah, rumah terasa sempit? Tambah bilik, tingkat atau dapur baharu pada rumah sedia ada — termasuk pembiayaan ubah suai LPPSA.
Baca → 12 bulanSelepas kunci diserahkan, kami masih bersama anda. Apa yang dilindungi, bagaimana membuat tuntutan, dan perkara yang boleh membatalkan waranti.
Baca →Kadar pembinaan
RM200–250 per kaki persegi
Bergantung kepada pakej kemasan, design dan spesifikasi rumah. Pasukan QS kami sediakan quotation rasmi selepas meneliti lukisan pembinaan.
Kelulusan PBT sehingga CCC
RM45,000
Kos tetap, bukan peratusan. Termasuk pelan arkitek dan kejuruteraan, bayaran PBT dan pengurusan sehingga sijil CCC dikeluarkan.
Meter kekal elektrik & air
RM5,500
Permohonan, deposit dan penyambungan TNB serta pihak berkuasa air.
Tiada caj berdasarkan cara anda membiayai binaan — kadar kami sama untuk LPPSA, bank, KWSP atau tunai. Kira anggaran penuh anda, atau lihat apa yang termasuk dalam setiap pakej.
Selangor
Banglo 2 tingkat
Banglo 2 tingkat dengan taman tropika, wakaf kayu dan dalaman yang sudah didiami.
Selangor
Banglo 1 tingkat
Direkodkan dari tanah kosong: kerja tanah, asas, dinding, bumbung, sehingga lampu porch menyala.
Selangor
Banglo 2 tingkat
Banglo 2 tingkat moden, siang dan malam, dengan tangga besi tempa dan siling berlampu.
Pelan, pandangan 3D dan quotation penuh — semuanya percuma, tanpa daftar dan tanpa ikatan. Kami hanya dibayar bila anda memilih kami untuk membina rumah keluarga anda.